Kelas Advokasi – Kuiz Online Grooming dan Panggilan Palsu

24 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan kelas advokasi menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan jawapan advokasi yang betul bertajuk Online Grooming menggunakan template Benar atau Palsu. Markah akan dipaparkan selepas peserta selesai menjawab kesemua soalan.

Untuk sesi kedua, peserta diminta untuk mencari padanan soalan dan jawapan yang betul mengenai kuiz advokasi bertajuk Panggilan Palsu menggunakan template Kuiz. Jawapan bagi padanan yang betul atau salah akan ditunjukkan setelah peserta memadankan soalan dan jawapan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali